Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan menerima mengadap tetamu peribadi Kebawah DYMM
15/07/2025



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-79 Tahun pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mula-mula menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohammad Sanusi.

Juga mengadap Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Dato Seri Setia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Sarawak, Yang Berhormat Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dan isteri, Yang Berbahagia Datin Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud.

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa bin Haji Aman dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin.

Juga mengadap Kehadapan Majlis baginda berdua, Menteri Undang-Undang dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Kedua, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Edwin Tong dan isteri, Madam Au Huey Ling.

Kemudian juga mengadap Kehadapan Majlis baginda berdua ialah Ketua Dewan Ekonomi Nasional Republik Indonesia, Yang Terhormat Jenderal (Purn.) Luhut Binsar Pandjaitan.

Juga mengadap, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng dan isteri, Datin Sharon Koh.

Seterusnya Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Jeneral Songwit Noonpackdee dan isteri, Datin Panyada Noonpackdee.

Kemudian baginda berdua berkenan menerima mengadap Yang Terhormat Jenderal TNI (Purn.) Dato Paduka Seri Muhammad Andika Perkasa dan isteri, Datin Diah Erwiany Perkasa.

Turut mengadap ialah Ketua Pegawai Eksekutif Konsultan Kanan Bedah Kardiotorasik, Institut Jantung Negara (IJN), Dato Sri Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan isteri, Datin Sri Rayslida binti Mohd. Rashdan serta para pegawai dari IJN Malaysia.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto